Assalamualaikum....
Mari kita membakar ikan......
Nampak sedap tak.... tapi ni tiada resipi ya sebab.....
kita menggunakan sambal ikan bakar ready made yang kita beli di Muo (Muar) ketika geng kami terlibat menghadiri program Majlis Amanat bersama Pengarah Negeri yang diadakan di Muar. Pertama kali digabungkan penganjuran yang melibatkan 4 stesen iaitu Batu Pahat, Kluang, Muar dan Pasir Gudang.
Begini packaging Sambal Ikan Bakar Mak Pon
Gambar Ihsan dari Kak Google... hehehheee |
tapi itu kebetulan p Muo boleh borong banyak-banyak, selalunya kite kirim saja kat kak ipar, dia selalu ambil stok rempah ni di Muo. 1 lagi yang paling win dan tak tukar dah rempah lain.... REMPAH MEE BANDUNG MAK PON..... tak boleh lawan.... serius SEDAP...
Gambar ni pun Ihsan dari kak Google juga |
ok berbalik pada cerita ikan bakar tadi....
-
-
begitu mudah penyediaanya.
IKAN CENCARU BAKAR
Actually, di belakang pack tersebut sudah dinyatakan cara penyediaannya, begitu pun kita nyatakan cara kita membakar ikan pulak ye...
IKAN CENCARU BAKAR
Bahan-bahan
Ikan cencaru dibelah belakang- cuci dan bersihkan
Sambal Ikan Bakar Mak Pon
Daun Pisang secukupnya
Cara-cara
1. Alaskan ikan dengan daun pisang, kemudian lumurkan sambal ikan bakar dan balut ikan tersebut dengan daun pisang.
2. Bakar di atas kuali bakar leper, tutupkan dengan tutup periuk kukus. Bakar sehingga masak. Boleh juga pakai magic cooker.
3. Bila dah betul-betul masak, buka daun pisang bahagian atas kemudian lumurkan lagi sambal dipermukaan ikan. Biarkan sebentar dan siap.
4. Hidangkan bersama limau kasturi untuk diperah atas ikan ketika makan.
Selamat mencuba.