Wednesday 10 August 2016

MARBLELICIOUS

Assalamualaikum....

Selamat pagi.... dah lama tak bersihkan rumah ni.... banyak rupanya gambar2 yang masih dalam simpanan belum dibawa masuk ke sini.... kekangan masa mendahului segalanya kerana.... tugasan hakiki perlu diselesaikan dari yang lain-lain hal.... tapi kita tetap usaha untuk menjadikan semua yang kita buat menjadi yang terbaik... InshaAllah.... 

Belek punya belek ada post ni yang masih dalam simpanan draft... oklah kita jangan halang dia... bagi dia keluar segera.... 

Perkenalkan...................... 

KEK MARBLE MARBLELICIOUS

ooo ok nama tu memang over sikit.... hahahhaaa



Alhamdulillah cantik kejadiannya... (maaf terpuji sendiri....) terima kasih kak azie berkongsi resipi yang sangat gebu dan sedap..... credit tuk kak Azie Kitchen.. saya sharekan resipi kak azie di sini ya.... moga beliau sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihiatan yang baik... ammiin.....


see.... hasil bedah siasat....  rasa macam nk buat lagi sebuku kaler askor..... aisshhhh sekarang tgh musim "Sayangku Kapten MUKHRIZ" kan..... ape lagi.....

Kek Marble Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)





Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 


Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega