Tuesday 17 January 2017

LALA @ LOKAN & BEBE

Assalamualaikum....

Tiada yang menarik entry kali ni... cuma nak update menu lala sweet sour yg dimasak semalam tapi tiba2 tersentuh hati... teringat kat bebe... malam tadi dalam fon sembang-sembang soalan wajib dia tanya : "mummy da makan ke belum?"... " Mummy masak apa?"... tak terkeluar perkataan lala.... sebab dah dapat agak jawapannya dia nanti... "waaa mummy da lama tak masak lala kt sini .... glurppp...... "

Rindu bebe, adam n qiqi... k bye.... 

p/s - terus tak jadi up gambar lala yg latest... rindu punya pasal... takpa sama ja dengan yg sebelum2 ni.... 


KETAM BLACKPEPPER

Assalamualaikum...

Nak tanya ni... kakak kakak selalau beli ketam buat masak apa?

Bila beli ketam, selalu kawan2 atau mak akan tanya nak masak lemak ke? tapi kite tak berapa pandai sangat masak2 lemak ni... kalau masak lemak biasanya masak di kampung dengan mak di dapur.  Bila kite tanya kawan balik... selalau ketam suka masak apa... derang kata kerap masak Sup Ketam... uhhhh... kite tak pernah masak sup ketam... tapiiiiii kita selalau masak macam niiiiii......................




taraaaaaaaa......................









KETAM BLACKPEPPER



4 ekor ketam size sedang - bersihkan dan belah 2 tengah

5 sudu besar cili blend ( segenggam cili kering dikisar bersama 1 labu bawang besar dan 5bj bwg putih)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos blackpepper - brand life preferable
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil blackpepper kisar kasar
1 btg serai ketuk
1/2 sudu besar gula
Garam
Air sikit

Daun bawang untuk tabur..


Cara-caranya...

1. Tumis cili blend dan serai sampai pecah minyak.
2. Masuk kan sos cili, sos blackpepper dan sos tiram. Masukkan blackpepper kisar.
3. Masukan gula dan tambah garam sekiranya perlu.
4. Tambah air sedikit agak2 dlm 1/2 cwn. 
5. Masukkan ketam, ratakan sambalnya dan tutup kuali dengan penutup rapat-rapat dalam 2 - 3 minit. Bila buka nnti boleh tgk warna kulit ketam daah jadi kemerah-merahan...
6. Tara.... gaul2 ratakan sehingga rempah meliputi isi ketam... kalau kuahnya banyak?... kalau kuahnya byk boleh biarkan sekejap lagi atas api (kuali jgn ditutup) sehingga kepekatan kuah mengikut kehendak yang diingini.

- hidangkan dengan taburan daun bawang... makan ketam cicahkan dengan kuah ketam ni bersama daun bawang... mmmmmmmm... ok back to realiti...

Mudah kan... senang kan... cepatkan.... apa lagi jom beli ketam... tam tam tam....


TUMIS LALA DENGAN OYSTER SOS


Assalamualaikum dan selamat tengahari.....

All time favourite lala @ kepah @ lokan.... semua boleh.... 
Resipi still sama seperti yang lepas.... 

Share resipinya di sini ya... 

Tumis Lala dengan Oyster Sos

1 kg lala - lokan pun boleh - basuh bersih2 basuh basuh dan terus basuh....
4 bj Bawang Putih - tumbuk tak payah lumat
3 inci Halia - tumbuk kasar
2 btg Serai ketuk
3 bj Lada Besar Hijau - hiris
3 sudu besar Sos Tiram
Garam

Kaedahnya : 

- Tumiskan bawang putih, halia dan serai.
- Dah naik bau masukan garam, remis, lada hijau dan sos tiram. 
- Gaul rata dan tutup kuali dalam 3-5 minit...
- Buka and taraaaaa remis akan mekar2 terbuka shell nya... 


Mudah kan.... senang kan... pantas kan..... 




Manis sungguh isi lala ni.... di ratah begitu saja pun boleh leka nasi tak luak2....



LAMB GRILL

ASSALAMUALAIKUM.... 

Hari ni tiada idea untuk update di sini...  belek2 handphone ternampak menu makan makan beberapa bulan yang lepas....

Ni gara-gara tengok gambar kambing golek banyak sangat jadi beria cari kambing....
siapa nk try boleh ambil resipi di sini... tapi kalau x berapa rajin beli saja yg dah ready marinate di aeon big.... hehe.. puuunnnn sodapppp....




eehhhh marilah kita bagi sekali lagi resipinya...


Mudah sahaja... cuma perlu disediakan awal untuk tujuan perapan. Yummy sangat...

Lamb Chop

Bahan-bahan
1. 2 sd sos BBQ - saya guna brand life
2. 3 bj bawang putih - diketuk
3. 2 sd lada hitam kasar
4. 1 sd sos tiram
5. 1 sd sos cili
6. garam 
7. 4 slices lamb

* Campurkan semua bahan kecuali lamb. dah sebati baru  masukan lamb kemudian perap simpan dalam peti ais dalam 2 jam atau lebih.

Grill kan atas magic pan... Grill agak2 kelihatan masak dah memadai.. jgn terlalu kering untuk dapatkan tekstur yang lembut dan cantik. Gambar kt atas tu hitam pasal dah curah sos n amik gamba mlm lampu merah hahahahahaa...


Sos blackpepper

Bahan-bahan
1. 1 bj bawang holand - cincang
2. 3 bj bawang putih - cincang
3. 1 sb lada hitam kisar
4. 2 sd sos tiram
5. 3 sd sos blackpeper
6. 1/2 kiub ayam
7. 1 sd tepung jagung dicampur 1/4 cawan air
8. 1 cwn air
9. garam dan gula


Caranya :

1. Tumis bawang holand dan bawang putih hingga layu
2. Masukan lada hitam
3. Masukan sos tiram, sos blackpepper dan kiub ayam
4. Masukan kiub ayam dan air
5. Perasakan garam gula
6. Last sekali masukan 2-3 sudu air bancuhan tepung tadi. Bergantung kepada selera memasing nk pekat yang bagaimana. agak2 ja jgn pekat sgt...

Monday 9 January 2017

DAGING KICAP SWEET SOUR



Assalamualikum... 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-Nya.

Ya Allah, wahai tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Ya Allah, Ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahkanlah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Ammiin..... ya Robbal Alamin....

Selamat bersua kembali hari ni.... mudah mudahan hari ini lebih baik dari semalam dan hari2 berikutnya..... inshaAllah..

Masak apa hari ni??? huhhhhhh soalan ni lagi ye tak??

Meh kite share 1 menu untuk idea hari ni....




#amnistaste
#dagingkicapsweetsour

DAGING KICAP SWEET SOUR

Resipi
πŸ“1/2 kg daging (rebus dan hiris)- goreng skjap dlm 2minit bersama garam kunyit dan ketepikan.
πŸ“segenggam brokoli
πŸ“segenggam cauliflower
πŸ“1/2 cwn carrot
πŸ“1bj tomato - belah 4
πŸ“1bj bwg holand -hiris bulat

πŸ“3-4 sudu besar lada blend ( yg diblend bersama bwg putih dan bwg besar )
πŸ“1inci halia -hiris
πŸ“2 sudu teh lada hitam kasar
πŸ“1 sudu mkn sos lada hitam
πŸ“1 sudu mkn sos cili
πŸ“1 sudu mkn sos tiram
πŸ“1/2 cwn kicap lemak
πŸ“1/2 cwn air
πŸ“garam
πŸ“1 sudu teh gula

πŸ”ͺTumis lada blend bersama halia hingga pecah minyak.
πŸ”ͺ Agak puashati dgn lada tadi  masukkan lada hitam, sos-sos dan kicap.
πŸ”ͺ Masukan daging dan semua bahan kecuali sayur dan bawang holand.
πŸ”ͺ Perasakan dengan sedikit garam dan gula... dan kepekatan ikut citarasa.. kalau pekat blh tambah air lagi...
πŸ”ͺ Dah puas hati dgn rasa n kepekatan... baru masukan sayur dan ratakan.
πŸ”ͺMatikan api dan masukan bawang holand

Tabur daun bawang - optional.

Makan dgn nasi panas... yummehhhh....

LALA SWEET SOUR



Assalamualaikum.... masih bermood cengkerang....
idea menu of the day.... 

LALA SWEET SOUR.... my daughter's favourite..... 
Setiap kali masak ni teringat kt my one and only daughter.... dia boleh layan ni tanpa makan nasi...

Kalau kat Batu Pahat sebelum ni... balik kerja cuma berdua dengan dia.... sementara daddy and adik dia sampai.. masak ni hidang atas meja... mak masak sayur kat dapur... mai depan tgk semangkuk dia ratah lala ni..... kahkahkahkahkhaaaa... suka nya diaaa......

la ni susah la nak masak kan dia lala sebab.... kat kpg susah nak dapat... lagipun mak dah duduk jauh dari bebe.... pasar pagi kadang-kadang ja ada...




#amnistaste
#lalasweetsour

LALA SWEET SOUR

Resipi
πŸ“1kg lala - cuci bersih2 byk kali

πŸ“3 sudu besar lada blend ( yg diblend bersama bwg putih dan bwg besar )
πŸ“1/2 inci halia -hiris
πŸ“1 batang serai-ketuk
πŸ“1 biji bawang holand - cincang dadu
πŸ“1 sudu teh lada hitam kisar
πŸ“2 sudu mkn sos lada hitam
πŸ“2 sudu mkn sos cili
πŸ“1 sudu mkn sos tiram
πŸ“1/2 cwn air- sikit ja pun ok
πŸ“garam
πŸ“1 sudu gula
πŸ“2 helai daun limau purut diracik-optional

πŸ”ͺTumis bwg holand dan halia sampai layu.. masuk lada blend dan serai pecah minyak.
πŸ”ͺ Masukn semua jenis sos, garam dan gula...
πŸ”ͺ Perasakan... tmbh sdikit air dan kepekatan ikut citarasa.. kalau pekat blh tambah air lagi...
πŸ”ͺ Dah puas hati dgn rasa, masukan lala kacau rata n tutup dgn tutup periuk biarkn api besar dlm 3minit... bila buka boleh nampak cengkerang dah terbuka dan gaul ratakan.
πŸ”ͺMasukan daun limau purut ratakan dan siap....


Tabur daun bawang

Makan dgn nasi panas... yummehhhh....

KUPANG BERLADO


Selamat pagi dan selamat berfikir nak masak apa tengahari nanti... lepas tu duduk ingat2 balik barang apa yang ada dalam peti ais and apa barang yang xda  nak kena p beli jap lagi...

soalan2 yang kerap berlegar di kepala dan makan masa juga nak selesaikan... nguahhahhahahaa..... sobarrrrrr......

tapi memasak itu sesuatu yang menyeronokan bukann...

Hari2 masak ayam hari2 masak ayam... eekhhh cemuihhhhh eaaa.... le ni kita masak yang bercengkerang sikit.... taraaaa KUPANG PANG KOMPANG KOMPANG KOMPANG....

yang tu lebihhhh hahahhahaaa....




#amnistaste
#kupangberlado

KUPANG BERLADO

Resipi
πŸ“1kg kupang - cuci bersih2 byk kali

πŸ“6 sudu besar lada blend ( yg diblend bersama bwg putih dan bwg besar )
πŸ“1 keping asam keping/ asam jawa
πŸ“1 sudu mkn sos cili
πŸ“1/2 cwn air
πŸ“garam
πŸ“1 1/2 sudu gula
πŸ“3 sudu kacang tanah goreng ditumbuk kasar

πŸ”ͺTumis lada blend hingga pecah minyak.
πŸ”ͺ Masukn garam, asam keping, sos dan gula... 
πŸ”ͺ Perasakan.. tambah mana2 yg kurang rasanya... tmbh sdikit air dan kepekatan ikut citarasa.. kalau pekat blh tambah air lagi...
πŸ”ͺ Dah puas hati dgn rasa n masukan kupang kacau rata n tutup dgn tutup periuk biarkn api besar dlm 3minit... bila buka blh nmpk cengkerang dah trbuka dan gaul ratakan.
πŸ”ͺMatikan api dan taburkan kacang tanah tumbuk... ratakan dan siap....

Hidangkan dan tabur kacang tumbuk tadi..

Makan dgn nasi panas... yummehhhh....

SOTONG BEREMPAH

Selamat Petang...

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya 2 hari lagi.... setahun lagi akan berlalu... macam macam perkara telah kita lalui... pelbagai kenangan, peristiwa, suka dan duka mewarnai liku liku kehidupan yang berwarna warni...

Aku hanya berdoa agar diberi kemudahan pada tahun tahun akan datang dan akan ada sinar untuk akembali berkhidmat di negeri kelahiranku agar dapat bersama-sama melihat cahaya mata ku membesar dengan sihat....

Bila berjauhan dengan anak2 teringat masa sama2 di tempat lama... balik kerja jemput  anak sulong (tadika) singgah beli barang grocery then trus ke dapur sediakan juadah makan malam sementara menunggu anak yg kecil sampai ke rumah....  hari2 bekerja bila fikir nk masak apa mesti cari yang cepat siap disediakan... dalam masa 1 jam tulah bersilat nak masak, nak mandi, solat, cuci baju supaya jam 7 nanti en daddy dan anak2 balik semua dah ready n boleh gunakan masa sebaiknya untuk anak2.... sedih kan... kadang2 anak2 sampai dah 730mlm.. makan lpas mkn nk kemas meja makan cuci pinggan (syukur ya Allah adanya daddy kepada anak2 ku sangat ringan tulang dan banyak membantu)... dekat jam 930 ke 10 dah ajak anak2 tidor.. nnti nak sidai baju d ampaian... nak lipat baju basuhan semalam yang dah kering... nak simpan mainan anak2 main tadi... nak iron bju keje dan bju sekolah anak utk esok... nak prepare beg sekolah anak esok (anak tadika kena siapkan 2 pasang baju hari2 untuk slot ptg dan rehat)... lepas siap semua barulah dapat rehatkan diri entah jam berapa waktu tu... kadang trus terlelap... anak2 dah lena... berapa jam saja waktu ada bersama mereka.. berapa jam sahaja tatap mereka.... Allahuuu....

Ya Allah... permudahkanlah urusanku supaya aku dimurahkan rezeki dan permudahkanlah agar aku dapat berkhidmat kembali di Johor dan tinggal bersama2 keluarga tersayaang... ammiin....

Petang petang ni teringat kat anak2 asalnya sebab duk fikir nak makan apa malam ni... tu yang teringat sebelum ni rutin macam tulah... sekarang dah tak samaa... anak2 tiada di rumah... ada bersama daddy nya sementara khidmat mummy nya diperlukan di tempat lain... harap2 tak lama... inshaAllah.. doakan yang terbaik buat diri ini yang sedang bertabah...

Antara menu ringkas yang kerap dijadikan juadah ini dia... sotong berempah.... 
kalau ada sotong biasanya ni menu yang bermain di kepala... sotong berempah yang sangat mudah dan jimat masa....




:: πŸšπŸ› DINNER tonite 🏑🌘🌘::

Simple2 aja.... cepat siap πŸ˜™πŸ˜™ then blh tunggu πŸ‘¦πŸ™† sampai.... 

#sotongberempah
#amnistaste 

SOTONG BEREMPAH

πŸ”ΈResipi

Sotong 1 piring sedang 
1/2 bj bwg holand hiris
Lada hijau/merah hiris
1 btg serai ketuk
1 asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk kari
Garam 
Gula

Blend:
8bj Cili hijau (nk pdas blh add more)
1bj Bwg besar 
3bj bwg putih
1/2 inci halia
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan  

Tumis bahan blend n serai sampai pecah minyak. Masuk serbuk kunyit n serbuk kari.
Masuk asam keping n garam
Masuk sotong, bwg holand dan lada hiris.
Last skali perasakan garam gula... tambh sikit air kalau nak bkuah sikit... Siapppp......