Wednesday 28 December 2016

GULAI LEMAK CILI API (UDANG GALAH V NANAS)



Assalamualaikum.... Allah lamanya tak layan sini... 
lamanya menyepi... ketandusan... kesibukan dan kekangan masa untuk menguruskan kerja-kerja hakiki yang ada depan mata...

Gambar udang masak lemak dengan nanas ni dah lama sebenarnya tapi rupanya masih dalam draft ...  punyalah lama tak tengok2... tak palah kebetulan ada sedikit masa hari ni kita bagi dia keluar pulak ya... 

Udang.... bukan kegemaran untuk makan udang bersaiz besar terutama udang galah... jadi tiap kali musim udang galah ni... ayahanda paling rajin turun dengan kawan kawan sesama hobi mancing udang.... ha kalau time udang ada ni selalunya kita akan pilih yang kecil2 saja.... tak tahu lah kenapa... eiii x tau laaa.....

ni dia taraaaaa...... resipi ringkas ada disediakan... tapi... tiap kali masak ni biasa kat dapur xde sukat2 ni... jadi ikut kesesuaian dan citarasa la nk pedas lagu mana cikkkk.....







Dapat makan udang lemak cili api bersama pucuk paku belacan dengan nasi panas panas.... naik selera betul... mau bertambah tambah nasi... 


GULAI LEMAK CILI API (UDANG GALAH V NANAS)

Bahan-bahan

udang galah

1 biji bawang besar

1 genggam cili api – pedas ikut kesukaan masing2

1 inci kunyit segar

2 keping asam keping

1 cwn santan pekat

½ biji nenas muda (agak2 ikut size nanas)

Secukup rasa garam

2 btg serai- diketuk


Cara-cara penyediaan

1. Potong nanas dan size agak2 saja  ketepikan.

2. Kisar cili api, kunyit, bawang merah.

3. Masak bahan kisar, asam keping dan nanas sehingga mendidih supaya jus nanas boleh sebati dengan kuah.

4. Kemudian masukkan udang. perlahankan api dan kacau rata. Masukkan santan dan kacau perlahan sentiasa agar tak pecah minyak.

5. Perasakan dengan garam

6. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.

Wednesday 10 August 2016

MARBLELICIOUS

Assalamualaikum....

Selamat pagi.... dah lama tak bersihkan rumah ni.... banyak rupanya gambar2 yang masih dalam simpanan belum dibawa masuk ke sini.... kekangan masa mendahului segalanya kerana.... tugasan hakiki perlu diselesaikan dari yang lain-lain hal.... tapi kita tetap usaha untuk menjadikan semua yang kita buat menjadi yang terbaik... InshaAllah.... 

Belek punya belek ada post ni yang masih dalam simpanan draft... oklah kita jangan halang dia... bagi dia keluar segera.... 

Perkenalkan...................... 

KEK MARBLE MARBLELICIOUS

ooo ok nama tu memang over sikit.... hahahhaaa



Alhamdulillah cantik kejadiannya... (maaf terpuji sendiri....) terima kasih kak azie berkongsi resipi yang sangat gebu dan sedap..... credit tuk kak Azie Kitchen.. saya sharekan resipi kak azie di sini ya.... moga beliau sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihiatan yang baik... ammiin.....


see.... hasil bedah siasat....  rasa macam nk buat lagi sebuku kaler askor..... aisshhhh sekarang tgh musim "Sayangku Kapten MUKHRIZ" kan..... ape lagi.....

Kek Marble Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)





Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 


Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega

Saturday 18 June 2016

LAMB CHOP... COP COP COP.....


Selamat Tengahari....

Setiap hari mesti terfikir nak masak apa untuk malam ni... ( siang hari bekerja jadi akan masak pada waktu petang sahaja untuk dinner setiap hari ) 

Masak sekali sehari pun pening kalah chef yang nak kene masak berkali-kali... kihkihkihhhh.... kisah pulak.....

Hari-hari nasi, hari ni makan kambing grill pulak la....

Mudah sahaja... cuma perlu disediakan awal untuk tujuan perapan. Yummy sangat...

Lamb Chop

Bahan-bahan
1. 2 sd sos BBQ - saya guna brand life
2. 3 bj bawang putih - diketuk
3. 2 sd lada hitam kasar
4. 1 sd sos tiram
5. 1 sd sos cili
6. garam 
7. 4 slices lamb

* Campurkan semua bahan kecuali lamb. dah sebati baru  masukan lamb kemudian perap simpan dalam peti ais dalam 2 jam atau lebih.

Grill kan atas magic pan... Grill agak2 kelihatan masak dah memadai.. jgn terlalu kering untuk dapatkan tekstur yang lembut dan cantik. Gambar kt atas tu hitam pasal dah curah sos n amik gamba mlm lampu merah hahahahahaa...


Sos blackpepper

Bahan-bahan
1. 1 bj bawang holand - cincang
2. 3 bj bawang putih - cincang
3. 1 sb lada hitam kisar
4. 2 sd sos tiram
5. 3 sd sos blackpeper
6. 1/2 kiub ayam
7. 1 sd tepung jagung dicampur 1/4 cawan air
8. 1 cwn air
9. garam dan gula


Caranya :

1. Tumis bawang holand dan bawang putih hingga layu
2. Masukan lada hitam
3. Masukan sos tiram, sos blackpepper dan kiub ayam
4. Masukan kiub ayam dan air
5. Perasakan garam gula
6. Last sekali masukan 2-3 sudu air bancuhan tepung tadi. Bergantung kepada selera memasing nk pekat yang bagaimana. agak2 ja jgn pekat sgt...







IKAN DURI MASIN MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum... masak apa hari ni..... ini menu pilihan hati... x ingat bila masaknya baru hari ni nak post kt sini.... 

Syukur diberi selera yang baik dan kesihatan yang baik untuk menikmati keindahan dan kenikmatan dunia... moga tidak trus alpa... inshaAllah....


Hari Khamis jika berkelapangan (kalau rajin, biasanya malas) pepagi lagi kemain berkejar ke pasar tani... kononnya nak cari sayur kampung segala... jemu asek2 sayur sawi, kangkung, bayam, kobis, kat kedai dan supermarket.

Pusing punya pusing nampak ade adik jual ikan bilis, bawang ekhhhhh cantiknya ikan masin ikan duri niii.... (kejadian ikan masin tu bersih dan x kering sangat)..

Ok angkat sekilo... RM18... ambik.. kalah harga sekor ayam... ikan kembung boleh dpt 2kilo stgh ni....

xpalah kata nk selera kampung.... lagi cakap banyak

dapat pulak belimbing buluh aiiiiihhhhhhhhhhh... masak lomak cili api bersama belimbing buloh la kitaaaa.......

Masak kat kampung ada mak ayah lagi bertambah-tambah la nasi... nanti gemok marahhhh....

Letak resipi sini esok2 senang cari balik....


IKAN DURI MASIN LEMAK CILI API + BELIMBING BULUH

Bahan-bahan

1. 15 bj cili padi
2. 1 inci kunyit
3. 2 cwn santan
4. 2 Btg serai- diketuk
5. 3 ekor ikan masin duri - rendam dan potong2
6. 15 bj belimbing buloh - agak2 kalau kecik2 buahnya boleh tambah lagi.
7. 1 keping asam gelugor
8. Garam

Cara-caranya
1. Tumbuk cili padi dan kunyit sampai lumat
2. Masukan cili padi yang ditumbuk tadi kedalam periuk dengan sedikit air.
3. Masuk serai, asam gelugor, belimbing buluh dan ikan masin
4. Masak sampai sebati, masukan santan.
5. Perasakan dengan garam. kalau pkai santan kotak letak sedikit gula... sikit sahaja.
6. kacau sampai pekat jangan sampai santan pecah minyak. Api jangan terlalu kuat.

ermmmmm.... mudah kan.... perasakan ikut kemasinan ikan masin dan kemasaman belimbing buluh.... boleh adjust ikut kesesuaian. 
Sedap makan dengan nasi panas- panas...  



ROTI JALA DAN KARI AYAM TUA




Iftar merangkap moreh Ramadhan ke 4 Khamis yang lalu......

Hari ni genap 14 hari kita berpuasa iaitu bersamaan 4 Ramadhan 1437H... syukur kehadrat Ilahi diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan buat sekian kalinya... Alhamdulillah...




Roti jala pembuka selera... 4 Ramadhan yang lalu adalah giliran untuk menghantar juadah moreh ke surau... kebetulan surau bersebelahan dengan rumah ja.... pikir punya pikir apa ya nk dibawa ke surau... tak ringan sgt dan x berat sgt menunya.....

Last-last roti jala menjadi pilihan hati....  kebetulan pula turn pada hari Khamis dan balik keje jam 2.30ptg di Johor.... jadi sempat lah yek.....






Ha inilah dia hasil jalaan utk 30 org makan... InshaAllah cukup... lebih 110 pcs roti jala di makan bersam kari ayam tua....


Haha jenuh juga nak siapkan ni keping by keping... pkai 2 pan x cukup tgn pulak... kahkahkahkaakakhh.... 

Alhamdulillah siap juga... 

eemmmm.... rasa terliur pulakkkk ni aaaiiishhhhh.....




Resipi di sini untuk rujukan masa akan datang :

Sumber resipi : FB Herry Jamil ( terima kasih kak, share di sini ya)

ROTI JALA

Bahan-bahan ( 1kg tepung )

1. 3 tin air
2. 4 bj telor
3. 1 tin susu uht / susu cair
4. 1 kg tepung (pastikan 1 kg)
5. Pewarna kuning
6. Garam
7. 1/4 tin minyak masak (100ml)

* sukatan menggunakan tin susu pekat manis 500g

step by step yg details blh rujuk FB Herry Jamil.

cara-caranya :

1. Masukkan telor ke dalam besen, air, susu uht, pewarna kuning.
2. Gaulkan bersama tepung hingga sebati ( saya pkai whisk)
3. Masukan garam dan agak-agak rasanya.
4. Masukan minyak dan kacau rata.
5. Blend utk dapatkan tekstur yang licin.
6. Masukan dalam acuan dan kiraikan atas non stick pan
7. Agak-agak masak blh trus angkap x perlu terbalikan
8. Gulung ikut citarasa. nk lipat pun boleh...

Siap..... Kari ayam next time share ye.... x sempat hari ni ... hihihiiiiii... blh la cuba....




Saturday 11 June 2016

UDANG CELUP TEPUNG CRISPY


Assalamualaikum..... tadi dah masak DAGING SWEETSOUR ... kemudian kita tambah 1 lagi   menu ringkas of the day..... UDANG CELUP TEPUNG..... 




🍤🍤🍤 celup tepung


UDANG CELUP TEPUNG


Udang - ikut suka mau byk mana cuci bersih
4 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung🌽
1 bj telor 🍳
1 st soda bicarbonat
1 st garam
1 st serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

📍Campurkan semua bahan kecuali udang dan air

📍 Masuk air perlahan-lahan agak2 mcm adunan goreng pisang
📍Panaskan minyak
📍Celupkan udang sekor2 dan masuk dlm kuali (deep fried) goreng hg keemasan. 💥💥⁠⁠⁠⁠

Rangup2 lagi sedap di makan bersama thai sos.... mmmmmmmm....

Wednesday 4 May 2016

SANDWICH EGG MAYO...

Pepagi yang gelap dan hening.... tgk jam ekhhhh baru pukul 6 laaaa... kahkahkahhhh memang la gelappp..... ingat duduk mana tadi hahahahhahaa ....

Rajin pagi g rebus telor n prepare sandwich sesubuh ini... biasa kalau jumpa sandwich mayonis di mana2 x pernah nak beli sebab.... ekhhh telor plak... x muak ke ehh??

Huh then masa deliver baby boy hri tu seawal subuh.... keluar dari labour room siap dah breakfast atas meja ( ni 1 hal masa time nk kluar baby time tu ler nurse interview... nk b.fast apa hari ni mama?... bubur ke roti?? ... roti je nurse... roti putih ke wholemeal?... ekhhh byk tanya plak... baby nk kluar dah ni.... ) sabor je lah...

Sambung balik....

Lepas sejam bersalin.. ekh lapar.... dah siap served sandwich... tgk2 sandwich telor mayonis... eemmmmmm... jamah sikit jer.... (ingatkan breakfast beger)..

Tak lama adik telefon... sembang2 kjap n sembang2... dia tnya b.fast dah ke... ye tapi x minat sandwich telo ni... dia cakap.. ekhhh sedaplahhh kalau org yang pandai buat tu x rasa muak... sedapppppp... mmm ok fine...

So meh la kite try kjap buat sedap ke x kan..... taraaaaa..... 





Ohhhh pagi sangat ni... nampk x belakang tu masih gelapppp... haaaaa 

Try la... makan sekeping... sekeping lagi.... tambah lagi sekeping... ekhhhhhhh... kenapa dah 3 keping... hahahahhahaa sedappp laaa.... saya ulang ayat adik di atas ye 

"ekhhh sedaplahhh kalau org yang pandai buat tu x rasa muak... sedapppppp.."

Ok so maknanya apa? ok x nak cakap apa2...

Nak try juga ke? Meh check it out ...........

SANDWICH EGG MAYO

Bahan-bahan

1 bungkus roti wholemeal
3 biji telor direbus
1 labu bawang besar dicincang dadu ( holand lagi sedap)
2 sudu besar mayonis
sedikit blackpper kisar halus- dlm 1/2 sudu teh ( nak pkai ready made lg mudah )
sedikit lada sulah ( kite letak byk sikit sbb x letak garam dah )
daun salad

Cara-caranya

1. Rebus telor agak da masak... basuh kejap dgn air sejuk supaya x panas sangat nak kupas.
2. Hancurkan dengan garfu pun boleh. Campur mayonis blackpepper dan lada sulah.
3. Masukan bawang dan gaul rata... ok siap..
4. Sapu atas roti dan letak daun salad. 

*Nak letak tomato, slice cheese, or anything bleh ja ikut kepelbagaian masing2.

LALA MASAK SAMBAL ..... EKH INI LOKAN LAAHHHH

Homaigod... pantang betul ke pasar jumpa menda alah nie.... u oll panggil ni apa... lokan ke lala ke apaaa.... lokan kan???? eehhhhh?? 

Kalau jenis ni selalu masak sambal sweet sour plus dgn blackpepper (over no punya panjang nama menu).. masak sambal sudahhhhh... homaigod.... x pandang nasi dahhh...... ratah ni je blh pejam2 mata.... ecehhhh....



Haaa ni nama lokan kan..... kan... kan...

Betul la kan... lokan....

Ni baru namanya lala kan..... kan kan....

Dah tu yang gi bubuh menu ni nama lala tu kenapa....

Ala salahhhhh laaa memang panggil lokan tapi masa edit gambar tu salah nama plak sbb sini derang panggil mende alah ni lala ( elehhh sapalah derang tu....... )



LALA MASAK MERAH.... ekhhhh LOKAN laaaa....

Resipi

1kg lokan - rendam basuh, rendam basuh, rendam basuh  sampai bersih 

5 sudu besar cili blend ( segenggam cili kering dikisar bersama 1 labu bawang besar dan 5bj bwg putih)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos blackpepper
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil blackpepper kisar kasar
1 btg serai ketuk
2 helai daun limau purut hiris halus
1/2 sudu besar gula
Garam
Air

Cara-caranya...

1. Tumis cili blend dan serai sampai pecah minyak.
2. Masuk kan sos cili, sos blackpepper dan sos tiram. Masukkan blackpepper kisar.
3. Masukan daun limau purut, gula dan tambah garam sekiranya perlu.
4. Tambah air sedikit agak2 dlm 1/4 cwn. Jgn byk2 sebab lokan akan mengeluarkan airnya sendri...
5. Masukkan lokan, ratakan sambalnya dan tutup kuali dengan penutup rapat-rapat dalam 1-2 minit. Bila buka nnti boleh tgk lokan dah pup pup terbuka dah cengkerangnya...
6. Tara.... gaul2 ratakan sehingga rempah meliputi isi lokan... kalau kuahnya banyak?... kalau kuahnya byk boleh biarkan sekejap lagi atas api (jgn ditutup) sehingga kepekatan kuah mengikut kehendak yang diingini.

Mudah kan... senang kan... cepatkan....

:: 🍚🍛 DINNER  🏡🌘🌘::

Assalamualaikum........ berbulan tuan rumah x dtg.... haiiissshhhh mujur ingat yg mana kuncinya.....
kan kabo dah hari tu... buat rumah esok2 tinggal... buat lagi... tinggal lagi... haaiisshhhhh banyak sangat keje sampai x balik2....

Moga masaku dapat diguna sebaik-banya... terutama buat keluarga yang menjadi amanah serta tanggungjawab setiap khalifah di bumi Allah... moga daku tidak pernah lupa nikmat kurniaanNya... Allahuakbar.....

OK ni nk share menu dinner.... dah pagi baru share mmm.... ehhh mujur ler nak share....
kalu malas nk nyambal lada blend yang selalu mercik2 habis baju dinding segala..... haaaa inilah menu yang selalu buat untuk sotongggggggg.....

En.D rajin beli sotong berbanding udang.... selain masak sambal... goreng tepung... ni la yang paling mudah..... SOTONG BEREMPAHHH taraaaaaa....................




#sotongberempah
#amnistaste 

SOTONG BEREMPAH


🔸Resipi
Sotong 1 piring sedang
1/2 bj bwg holand hiris
Lada hijau/merah hiris
1 btg serai ketuk
1 asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk kari
Garam
Gula

Blend:
8bj Cili padi (nk pdas blh add more)
1bj Bwg besar
3bj bwg putih
1/2 inci halia
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan

Tumis bahan blend n serai sampai pecah minyak. Masuk serbuk kunyit n serbuk kari.
Masuk asam keping n garam
Masuk sotong, bwg holand dan lada hiris.
Last skali perasakan garam gula... tambh sikit air kalau nak bkuah sikit... Siapppp......


mudah kan... cepat kan... senang kan......

Monday 21 March 2016

KOSUI COMEL YANG SEDAP


Assalamualaikum.. selamat pagi.. syukur ya Allah masih diberi peluang untuk bernafas menghirup udara yang segar.... melihat anak2 kecil yang comel.... syukur syukur syukur ya Allah...



" Ya Allah sesungguhnya aku memohon daripadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. Ammiin... ammiin ya-Robbalalamin..... "








Owh kenapa comel sangat ni...... godaan apakah ini.... owhhh kenapa???

hahaaa... asal jumpa resipi terus save... jumpa lagi save... jumpa lagi save lagi... asek save je.. bila nak buat??? toing toing toing??????... pediaaaaaa ntah.. lpas tu mula la serabut... resipi mana yang hari tu kata nk try ntah sampai dah byk sgt save ni.... haruuuuuu....

Lama simpan resipi ni tapi selalu ja tergendala sbb punya payah nak dapat kelapa parut... lani... kene pegi pekan kalau nak cari kelapa parut... eemmmm dulu dulu2 senang.... g jengah je blakang ruma ada latu kelapa tua sebiji dua tergolek kt belakang.... buang sabut g parut... habaq la nak parut putih ka biasa ka... senang..... kan... tapi tu dulu laaaa (dulu? tua dah ka?)  

kalau tak silap resipi ni datang dari FB : Azlina Ina.. kakak yang sangat sempoi dan sporting... berkongsi ilmu baking dan sangat murah hati ajar step by step.... saluteeee.....

Kuih Kosui
Sumber : Azlina Ina

Bahan-bahan
1 cwn gula merah
1/2 cwn gula pasir
1 helai daun pandan
2 1/2 cwn air
* masak semua bahan hingga larut, tapis dan sejukkan.

1 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1sb air kapur (1 sudu kapur + 1/2 cwn air, kacau dan biarkan mendak 1/2jam, ambil airnya yang jernih saja.
2sb kicap manis.

Panaskan kukusan. Oleskan sedikit minyak dalam acuan.
Satukan semua bahan dan kacau rata
Masukan air gula tadi
Tapis dan masukan dalam acuan. 
Kukus 30minit.

dahhhhh jadi.... senang kan... mudahkan..... kan saja...

Dah dah sapa nmpak mcm suka kosui ni boleh dah pi kupas sabut kelapa g parut kelapa putih.... kami nk layankan kuih si hitam manis ni..... dalam kepala angan2 nak buat kuih tepung gomak pulak..... mmmmm... mmmmm... MmmmMMmmmMMmm...... kenyal2 lembut kuih ni.... haaaaaaaaaccheeem... ok terbersin sorry... k bye...


Monday 7 March 2016



Assalamualaikum.... Pagi yang indah moga diberi kesihatan yang baik, moga Allah permudahkan segala urusan dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Berkatilah pekerjaan kami... berkatilah rezeki kami.... jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur di atas kurniaan dan nikmatMu ya Allah.....

DOA UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"

DOA TAMBAHAN ILMU,REZEKI DAN KESIHATAN
"Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala rupa penyakit."


Hujung minggu yang lalu, tergerak hati nak buat kuih serimuka yang lemak2 manis rasanya. Banyak kali plan nak buaut tapi tak terbuat2... cantik ja tgk kejadian kuih ni kawan2 FB duk post... mengiurkan dan kemas kejadian dan potongannya.... hebat sungguh bakat dan kepakaran yang Allah kurniakan... ammiin... moga  terus maju dalam bidang masing2..... 

belek punya belek asek nampak aje org post gambar serimuka... huh x blh jadi ni.... 

taraaaaaaaaaa.................





Terhasil lah 1 loyang seri muka yang diidam2kan..... Huuuwwuuuuuu..... 1 kebahagian bila hasil tangan ni menjadi..... joget2 dulu baru angkat dia dr dapur... eksaited sgt ehhhhh.....

Pernah post di Fb dan dah janji dgn friend nk share resipinya.... huhuuu mahap ye lambat post..... 

Kuih Seri Muka

by : FB Zaimah Zakaria (tq kak)

Bahan Lapisan Bawah

500 g beras pulut - (cuci dan rendam stgh jam, lebih lama pun takpa)
400ml santan pekat
200ml air
stgh sudu garam 
2 helai daun pandan

- Panaskan kukusan siap2.

* Campur semua bahan tadi dan daun pandan yang disimpul.
* Kukus selama 30minit.

- sementara tu sediakan loyang. Saya guna 10x10x3 yang selalu guna utk buat talam.
- alaskan plastik

(sementara menunggu 30minit pulut masak, boleh sediakan bahan untuk lapisan atas)

Bahan Lapisan Atas
400 ml santan pekat
210 g gula pasir ( kalau x nak manis boleh kurangkan )
35 g tepung gandum
110 g tepung kastard
3 bj telor
1 sudu pewarna hijau epal
1 sudu pes pandan ( saya x letak )
1/2 sd garam
10 helai daun pandan dipotong2 dan diblend bersama 300ml air - tapis


.... selepas 30minit... keluarkan pulut tadi, gaul rata supaya santannya sebati.
Masukan ke dalam loyang yang telah disediakan tadi dan tekan supaya padat.

ketepikan....

* campurkan semua bahan lapisan atas dalam mangkuk, kacau rata.. tapiskan ke dalam periuk.
* masak hingga naik wap... api kecil... tuang atas pulut tadi perlahan lahan dan kukus 30-40minit.

pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong.....

.... selamat mencuba....