Wednesday 4 May 2016

LALA MASAK SAMBAL ..... EKH INI LOKAN LAAHHHH

Homaigod... pantang betul ke pasar jumpa menda alah nie.... u oll panggil ni apa... lokan ke lala ke apaaa.... lokan kan???? eehhhhh?? 

Kalau jenis ni selalu masak sambal sweet sour plus dgn blackpepper (over no punya panjang nama menu).. masak sambal sudahhhhh... homaigod.... x pandang nasi dahhh...... ratah ni je blh pejam2 mata.... ecehhhh....



Haaa ni nama lokan kan..... kan... kan...

Betul la kan... lokan....

Ni baru namanya lala kan..... kan kan....

Dah tu yang gi bubuh menu ni nama lala tu kenapa....

Ala salahhhhh laaa memang panggil lokan tapi masa edit gambar tu salah nama plak sbb sini derang panggil mende alah ni lala ( elehhh sapalah derang tu....... )



LALA MASAK MERAH.... ekhhhh LOKAN laaaa....

Resipi

1kg lokan - rendam basuh, rendam basuh, rendam basuh  sampai bersih 

5 sudu besar cili blend ( segenggam cili kering dikisar bersama 1 labu bawang besar dan 5bj bwg putih)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos blackpepper
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil blackpepper kisar kasar
1 btg serai ketuk
2 helai daun limau purut hiris halus
1/2 sudu besar gula
Garam
Air

Cara-caranya...

1. Tumis cili blend dan serai sampai pecah minyak.
2. Masuk kan sos cili, sos blackpepper dan sos tiram. Masukkan blackpepper kisar.
3. Masukan daun limau purut, gula dan tambah garam sekiranya perlu.
4. Tambah air sedikit agak2 dlm 1/4 cwn. Jgn byk2 sebab lokan akan mengeluarkan airnya sendri...
5. Masukkan lokan, ratakan sambalnya dan tutup kuali dengan penutup rapat-rapat dalam 1-2 minit. Bila buka nnti boleh tgk lokan dah pup pup terbuka dah cengkerangnya...
6. Tara.... gaul2 ratakan sehingga rempah meliputi isi lokan... kalau kuahnya banyak?... kalau kuahnya byk boleh biarkan sekejap lagi atas api (jgn ditutup) sehingga kepekatan kuah mengikut kehendak yang diingini.

Mudah kan... senang kan... cepatkan....

No comments:

Post a Comment