Saturday 18 June 2016

LAMB CHOP... COP COP COP.....


Selamat Tengahari....

Setiap hari mesti terfikir nak masak apa untuk malam ni... ( siang hari bekerja jadi akan masak pada waktu petang sahaja untuk dinner setiap hari ) 

Masak sekali sehari pun pening kalah chef yang nak kene masak berkali-kali... kihkihkihhhh.... kisah pulak.....

Hari-hari nasi, hari ni makan kambing grill pulak la....

Mudah sahaja... cuma perlu disediakan awal untuk tujuan perapan. Yummy sangat...

Lamb Chop

Bahan-bahan
1. 2 sd sos BBQ - saya guna brand life
2. 3 bj bawang putih - diketuk
3. 2 sd lada hitam kasar
4. 1 sd sos tiram
5. 1 sd sos cili
6. garam 
7. 4 slices lamb

* Campurkan semua bahan kecuali lamb. dah sebati baru  masukan lamb kemudian perap simpan dalam peti ais dalam 2 jam atau lebih.

Grill kan atas magic pan... Grill agak2 kelihatan masak dah memadai.. jgn terlalu kering untuk dapatkan tekstur yang lembut dan cantik. Gambar kt atas tu hitam pasal dah curah sos n amik gamba mlm lampu merah hahahahahaa...


Sos blackpepper

Bahan-bahan
1. 1 bj bawang holand - cincang
2. 3 bj bawang putih - cincang
3. 1 sb lada hitam kisar
4. 2 sd sos tiram
5. 3 sd sos blackpeper
6. 1/2 kiub ayam
7. 1 sd tepung jagung dicampur 1/4 cawan air
8. 1 cwn air
9. garam dan gula


Caranya :

1. Tumis bawang holand dan bawang putih hingga layu
2. Masukan lada hitam
3. Masukan sos tiram, sos blackpepper dan kiub ayam
4. Masukan kiub ayam dan air
5. Perasakan garam gula
6. Last sekali masukan 2-3 sudu air bancuhan tepung tadi. Bergantung kepada selera memasing nk pekat yang bagaimana. agak2 ja jgn pekat sgt...







IKAN DURI MASIN MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum... masak apa hari ni..... ini menu pilihan hati... x ingat bila masaknya baru hari ni nak post kt sini.... 

Syukur diberi selera yang baik dan kesihatan yang baik untuk menikmati keindahan dan kenikmatan dunia... moga tidak trus alpa... inshaAllah....


Hari Khamis jika berkelapangan (kalau rajin, biasanya malas) pepagi lagi kemain berkejar ke pasar tani... kononnya nak cari sayur kampung segala... jemu asek2 sayur sawi, kangkung, bayam, kobis, kat kedai dan supermarket.

Pusing punya pusing nampak ade adik jual ikan bilis, bawang ekhhhhh cantiknya ikan masin ikan duri niii.... (kejadian ikan masin tu bersih dan x kering sangat)..

Ok angkat sekilo... RM18... ambik.. kalah harga sekor ayam... ikan kembung boleh dpt 2kilo stgh ni....

xpalah kata nk selera kampung.... lagi cakap banyak

dapat pulak belimbing buluh aiiiiihhhhhhhhhhh... masak lomak cili api bersama belimbing buloh la kitaaaa.......

Masak kat kampung ada mak ayah lagi bertambah-tambah la nasi... nanti gemok marahhhh....

Letak resipi sini esok2 senang cari balik....


IKAN DURI MASIN LEMAK CILI API + BELIMBING BULUH

Bahan-bahan

1. 15 bj cili padi
2. 1 inci kunyit
3. 2 cwn santan
4. 2 Btg serai- diketuk
5. 3 ekor ikan masin duri - rendam dan potong2
6. 15 bj belimbing buloh - agak2 kalau kecik2 buahnya boleh tambah lagi.
7. 1 keping asam gelugor
8. Garam

Cara-caranya
1. Tumbuk cili padi dan kunyit sampai lumat
2. Masukan cili padi yang ditumbuk tadi kedalam periuk dengan sedikit air.
3. Masuk serai, asam gelugor, belimbing buluh dan ikan masin
4. Masak sampai sebati, masukan santan.
5. Perasakan dengan garam. kalau pkai santan kotak letak sedikit gula... sikit sahaja.
6. kacau sampai pekat jangan sampai santan pecah minyak. Api jangan terlalu kuat.

ermmmmm.... mudah kan.... perasakan ikut kemasinan ikan masin dan kemasaman belimbing buluh.... boleh adjust ikut kesesuaian. 
Sedap makan dengan nasi panas- panas...  



ROTI JALA DAN KARI AYAM TUA




Iftar merangkap moreh Ramadhan ke 4 Khamis yang lalu......

Hari ni genap 14 hari kita berpuasa iaitu bersamaan 4 Ramadhan 1437H... syukur kehadrat Ilahi diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan buat sekian kalinya... Alhamdulillah...




Roti jala pembuka selera... 4 Ramadhan yang lalu adalah giliran untuk menghantar juadah moreh ke surau... kebetulan surau bersebelahan dengan rumah ja.... pikir punya pikir apa ya nk dibawa ke surau... tak ringan sgt dan x berat sgt menunya.....

Last-last roti jala menjadi pilihan hati....  kebetulan pula turn pada hari Khamis dan balik keje jam 2.30ptg di Johor.... jadi sempat lah yek.....






Ha inilah dia hasil jalaan utk 30 org makan... InshaAllah cukup... lebih 110 pcs roti jala di makan bersam kari ayam tua....


Haha jenuh juga nak siapkan ni keping by keping... pkai 2 pan x cukup tgn pulak... kahkahkahkaakakhh.... 

Alhamdulillah siap juga... 

eemmmm.... rasa terliur pulakkkk ni aaaiiishhhhh.....




Resipi di sini untuk rujukan masa akan datang :

Sumber resipi : FB Herry Jamil ( terima kasih kak, share di sini ya)

ROTI JALA

Bahan-bahan ( 1kg tepung )

1. 3 tin air
2. 4 bj telor
3. 1 tin susu uht / susu cair
4. 1 kg tepung (pastikan 1 kg)
5. Pewarna kuning
6. Garam
7. 1/4 tin minyak masak (100ml)

* sukatan menggunakan tin susu pekat manis 500g

step by step yg details blh rujuk FB Herry Jamil.

cara-caranya :

1. Masukkan telor ke dalam besen, air, susu uht, pewarna kuning.
2. Gaulkan bersama tepung hingga sebati ( saya pkai whisk)
3. Masukan garam dan agak-agak rasanya.
4. Masukan minyak dan kacau rata.
5. Blend utk dapatkan tekstur yang licin.
6. Masukan dalam acuan dan kiraikan atas non stick pan
7. Agak-agak masak blh trus angkap x perlu terbalikan
8. Gulung ikut citarasa. nk lipat pun boleh...

Siap..... Kari ayam next time share ye.... x sempat hari ni ... hihihiiiiii... blh la cuba....




Saturday 11 June 2016

UDANG CELUP TEPUNG CRISPY


Assalamualaikum..... tadi dah masak DAGING SWEETSOUR ... kemudian kita tambah 1 lagi   menu ringkas of the day..... UDANG CELUP TEPUNG..... 




🍤🍤🍤 celup tepung


UDANG CELUP TEPUNG


Udang - ikut suka mau byk mana cuci bersih
4 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung🌽
1 bj telor 🍳
1 st soda bicarbonat
1 st garam
1 st serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

📍Campurkan semua bahan kecuali udang dan air

📍 Masuk air perlahan-lahan agak2 mcm adunan goreng pisang
📍Panaskan minyak
📍Celupkan udang sekor2 dan masuk dlm kuali (deep fried) goreng hg keemasan. 💥💥⁠⁠⁠⁠

Rangup2 lagi sedap di makan bersama thai sos.... mmmmmmmm....