Wednesday 15 February 2017

IKAN BAKAQQQQ



Assalamualaikum....

Mari kita membakar ikan......

Nampak sedap tak.... tapi ni tiada resipi ya sebab.....

kita menggunakan sambal ikan bakar ready made yang kita beli di Muo (Muar) ketika geng kami terlibat menghadiri program Majlis Amanat bersama Pengarah Negeri yang diadakan di Muar. Pertama kali digabungkan penganjuran yang melibatkan 4 stesen iaitu Batu Pahat, Kluang, Muar dan Pasir Gudang. 

Begini packaging Sambal Ikan Bakar Mak Pon

Gambar Ihsan dari Kak Google... hehehheee


tapi itu kebetulan p Muo boleh borong banyak-banyak, selalunya kite kirim saja kat kak ipar, dia selalu ambil stok rempah ni di Muo. 1 lagi yang paling win dan tak tukar dah rempah lain.... REMPAH MEE BANDUNG MAK PON..... tak boleh lawan.... serius SEDAP...


Gambar ni pun Ihsan dari kak Google juga


ok berbalik pada cerita ikan bakar tadi....
-
-
begitu mudah penyediaanya.



IKAN CENCARU BAKAR




Actually, di belakang pack tersebut sudah dinyatakan cara penyediaannya, begitu pun kita nyatakan cara kita membakar ikan pulak ye...

IKAN CENCARU BAKAR 

Bahan-bahan
Ikan cencaru dibelah belakang- cuci dan bersihkan
Sambal Ikan Bakar Mak Pon
Daun Pisang secukupnya

Cara-cara
1. Alaskan ikan dengan daun pisang, kemudian lumurkan sambal ikan bakar dan balut ikan tersebut dengan daun pisang.
2. Bakar di atas kuali bakar leper, tutupkan dengan tutup periuk kukus. Bakar sehingga masak. Boleh juga pakai magic cooker. 
3. Bila dah betul-betul masak, buka daun pisang bahagian atas kemudian lumurkan lagi sambal dipermukaan ikan. Biarkan sebentar dan siap.
4. Hidangkan bersama limau kasturi untuk diperah atas ikan ketika makan.

Selamat mencuba. 

KUE TEOW GORENG




Assalamualaikum...

Dah makan ke semua... kadang-kadang kita letih juga fikir nak makan apa ya hari ni... kalau malam  kadang-kadang kerap juga ambil mee, bihun atau kue teow... Masak 1 menu sahaja... kemudian tambahkan telor mata... sudah memadai.... balik kerja nak masak macam-macam, kadang masak lauk tak habis... iyalah, makan dua orang tak kan nak masak asam pedas 2 ketol ikan saja kan.... heheheee ( tapi kite masih tak reti masak asam pedas... entah banyak kali mencuba tapi tak menjadi... )

Kalau masak mee selalu masak sebungkus, tapi untuk makan berdua memang tak mungkin mampu habis, jadi masa nilah nak menjengah jiran tetangga ye tak... dapat lah bersua muka sekejap... kalau tak balik keje pegi keje... tak sempat tengok apa khabar jiran sebelah.... lagipun kalau masak mee separuh.. lagi separuh bila nak makan? esok tak kan nak masak mee lagi hukhukhukkkkk..... 

Ni dia...
-
-
-
-
-
-
KUE TEOW SIMPLE
-
-
-
-

untuk menu makan malam.....





KUE TEOW GORENG

2 sudu besar cili blend ( segenggam cili kering dikisar bersama 1 labu bawang besar dan 5bj bwg putih)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap
1 sudu gula
Garam

1/2 kg Kue Teow - cuci dan toskan
1 piring udang/ kerang/ ayam
Segenggam taugeh
3 pokok daun kuchai - potong panjang

Cara-caranya...

1. Tumis cili blend sampai pecah minyak.
2. Masuk kan sos cili, sos tiram dan kicap. Masukkan udang/ kerang/ ayam.
3. Tambah gula dan tambah garam sekiranya perlu.
4. Kemudian masukkan kue teow dan gaul dengan rata. perasakan mana yang kurang boleh tambah.
5. Dah cukup rasa semua, barulah masukkan taugeh dan daun kuchai, terus matikan api supaya sayur tidak terlalu layu. (KITA SUKA MATIKAN API DULU KEMUDIAAN LAJU LAJU MASUKAN SAYUR DAN GAUL DALAM KUALI KETIKA PANAS-PANAS)

p/s - hidangkan bersama telor mata dan sos cili.
Mudah kan... senang kan... cepatkan....

IKAN TERUBUK MASIN


Assalamualaikum....

Selamat pagi dan alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah... diberi peluang untuk menjadi khalifah di bumi ini... mudah2an hidup yang tidak pasti di mana penghujungnya sempat berbakti buat ibu dan bapa yang telah berpenat lelah berhabis wang membesarkan kami... buat suami yang begitu banyak berkorban tenaga, masa dan wang ringgit.. serta anak2 yang masih memerlukan kasih sayang kami.... Allahu... jadikanlah aku insan yang bersyukur dan tidak alpa dengan tanggungjawabku sebagai hamba-Mu....

Bila sendu..... mood pun ke laut.... tapiii....
-
-
-
 Nak tunjuk ini.... 
-
-
 Menyelerakan ke menyelerakan???  hahahahaaa soalan memaksa jawab 1 jawapan je... hahahahhaa..





Balik kampung kelmarin, mak bagitahu.... ada ikan terubuk masin tu kawan ayah bagi... balik jalan-jalan dari Sarawak katanya tengok anak di sana.... wahhhh siap dengan kek lapis lagi....



Mmmmm kalau dapat menda ni memang x fikir fikir menu dah... memang satu ni ja menu nya untuk ikan ni....


Mudah sangat...


IKAN TERUBUK MASIN


Bahan-bahan

1 ekor ikan terubuk masin- cuci dan potong 4
Segenggam cili padi-hiris serong
2 biji bawang besar- hiris kasar
1 helai daun kunyit - hiris rampai
2 biji limau kasturi - dibelah 2

Caranya-

1. Goreng ikan terubuk masin tadi. Dah siap panas-panas susun atas pinggan.
2. Kemudian dengan pantas, menggunakan minyak tadi goreng cili dan bawang tadi - sekejap saja jangan layu sangat ( kalau takut meletop cili tu..  tutup kuali dengan penutup periuk. Angkat, toskan dan tabur atas ikan tadi.
3. Ketika ikan dan bawang masih panas-panas, cepat-cepat taburkan hirisan daun kunyit dan tutup pinggan tersebut dengan mangkuk besar (menutupi keseluruhan pinggan ikan supaya wap panas boleh menerbitkankan bau harum daun kunyit tadi... )

p/s- Perahkan limau kasturi ketika mahu makan ikan tersebut. Makan dengan nasi panas-panas.


Mmmmmmmm... senang kan?...

Amacam... nak try? haaaa mana nak cari ikan terubuk niiiiiiii..... byeeee...

SAMBAL TUMIS TELOR PUYOH

Assalamualaikum...

Masak apa hari ni... malam tadi kita masak sambal udang.... tapi terlupa nak ambil gambar... jadi hari ni kita share menu sambal tumis telor burung puyuh.... 
Menu ni saya masak beberapa bulan yang lalu (huahahahaaa begitu lama baru nak story....). 

Masa tu mak dan adik datang ke rumah... saja hujung minggu... (sebenarnya yang adik tu sibuk nak ke mall)... kemudian adik yang masih balajar di KPM datang dengan dua orang kawan yang lain... katanya nak p cari stok kerepek untuk projek kolej... (pandai pulak teruna2 ni bisness cari kerepek kihkihkihhhh).... memang lubuk kerepek la di kawasan Batu Pahat  ni.... murah dengan tak murah je lah nak pilih...

Jadi untuk makan malam duk fikir nak masak apa yaaaa? OK lah kita sediakan menu paling laku selaku kat kampung. Nasi Lemak Ayam... Tapi kita selalu sangat makan Nasi Lemak Ayam dan Telor Ayam Rebus kan... kali ni kita tukar 
-
-
-
-
Nasi Lemak Burung Puyuh dan Sambal Tumis Telor Puyuh
-
-
-
mueehehheheeee...

tapi  malang sekali... rupanya sambal ja yang ada ambil gambar... yang lain xda.... hukhukk....

Ninnndddiiiiiaaaaa.....
-
-
-
-








Ada sesiapa nak try?


Resipi untuk sambal tumis ni sama saja dengan resipi sambal tumis yang lain, cuma dipelbagaikan isinya untuk masak di campur telor, ikan bilis, udang, sotong, atau petai. Boleh rujuk di SINI ..... tapi ok lah kita copy paste balik tambah telor.... hahhahaha


SAMBAL TUMIS TELOR PUYUH



Bahan bahan:
30 biji telor puyoh - direbus dan dikupas kulit
1 Biji bawang besar-hiris
1 keping asam jawa / air asam jawa
Garam secukupnya
1 sudu gula pasir
Sedikit belacan - optional

Bahan kisar:

1 mangkuk cili kering - dibuang biji, rebus sekejap dan kisar bersama bahan di bawah
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
6 biji bawang putih
Sedikit ikan bilis mentah

Cara-cara:

Panaskan minyak agak-agak 2 senduk besar(bergantung size senduk) dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak dengan api sedang. Masukan belacan.

Kacau cili tadi selalu dan masak agak lama sehingga pecah minyak. 

Masukan asam keping / air asam jawa dan gula dan gula merah (yang ni sikit sahaja)

Boleh masukan air sedikit supaya tidak terlalu pekat. kemudian masukan bawang hiris.

Akhir sekali masukan telor puyuh, golek-golek dan barulah matikan api.

Menyelerakan bukan...... mmmmmmm.....


Nasi Lemak 1 pelisssssss......
















SAMBAL BILIS PETAI..... pheeehhhhhhh


Assalamualaikum... 

Antara menu paling favourite dan nasi kena masak lebih sikit untuk menu begini... simple dan menyelerakan...

tambah ikan masin kapak.... berpinggan nasi tambah....






SAMBAL BILIS PETAI


Bahan bahan:
Segenggam ikan bilis - digoreng garing
1 biji bawang besar – hiris
1 keping asam/air asam jawa
Garam secukup rasa
1 sudu besar gula pasir
Sedikit belacan bakar - optional
1 mangkuk petai dibuang kulit

Bahan kisar:
1 mangkuk cili kering potong dibuang biji, rebus sekejap & kisar bersama bahan di bawah
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
6 biji bawang putih
Sedikit ikan bilis mentah


Cara cara:
Panaskan minyak agak-agak 2 senduk besar (bergantung size senduk) dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dengan api sedang. Masukkan belacan.

Kacau cili tadi selalu dan masak agak lama sehingga pecah minyak... (kalau x pecah minyak tu minyak korang sikit sangat la kot kihkihkihkihh), Kemudian masukan garam, asam keping dan gula dan gula merah - sikit ja kalau nak letak gula merah).

Boleh masukkan sedikit air supaya cili tidak terlalu pekat. Kemudian, bawang besar hiris. 

Akhir sekali, matikan api dan barulah masukan ikan bilis goreng dan petai - sebab kita suka ikan bilis petai yang masih rangup.... kalau siapa tak suka boleh masukkan dulu bahan ni sebelum matikan api.

Tuesday 17 January 2017

LALA @ LOKAN & BEBE

Assalamualaikum....

Tiada yang menarik entry kali ni... cuma nak update menu lala sweet sour yg dimasak semalam tapi tiba2 tersentuh hati... teringat kat bebe... malam tadi dalam fon sembang-sembang soalan wajib dia tanya : "mummy da makan ke belum?"... " Mummy masak apa?"... tak terkeluar perkataan lala.... sebab dah dapat agak jawapannya dia nanti... "waaa mummy da lama tak masak lala kt sini .... glurppp...... "

Rindu bebe, adam n qiqi... k bye.... 

p/s - terus tak jadi up gambar lala yg latest... rindu punya pasal... takpa sama ja dengan yg sebelum2 ni.... 


KETAM BLACKPEPPER

Assalamualaikum...

Nak tanya ni... kakak kakak selalau beli ketam buat masak apa?

Bila beli ketam, selalu kawan2 atau mak akan tanya nak masak lemak ke? tapi kite tak berapa pandai sangat masak2 lemak ni... kalau masak lemak biasanya masak di kampung dengan mak di dapur.  Bila kite tanya kawan balik... selalau ketam suka masak apa... derang kata kerap masak Sup Ketam... uhhhh... kite tak pernah masak sup ketam... tapiiiiii kita selalau masak macam niiiiii......................




taraaaaaaaa......................









KETAM BLACKPEPPER



4 ekor ketam size sedang - bersihkan dan belah 2 tengah

5 sudu besar cili blend ( segenggam cili kering dikisar bersama 1 labu bawang besar dan 5bj bwg putih)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos blackpepper - brand life preferable
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil blackpepper kisar kasar
1 btg serai ketuk
1/2 sudu besar gula
Garam
Air sikit

Daun bawang untuk tabur..


Cara-caranya...

1. Tumis cili blend dan serai sampai pecah minyak.
2. Masuk kan sos cili, sos blackpepper dan sos tiram. Masukkan blackpepper kisar.
3. Masukan gula dan tambah garam sekiranya perlu.
4. Tambah air sedikit agak2 dlm 1/2 cwn. 
5. Masukkan ketam, ratakan sambalnya dan tutup kuali dengan penutup rapat-rapat dalam 2 - 3 minit. Bila buka nnti boleh tgk warna kulit ketam daah jadi kemerah-merahan...
6. Tara.... gaul2 ratakan sehingga rempah meliputi isi ketam... kalau kuahnya banyak?... kalau kuahnya byk boleh biarkan sekejap lagi atas api (kuali jgn ditutup) sehingga kepekatan kuah mengikut kehendak yang diingini.

- hidangkan dengan taburan daun bawang... makan ketam cicahkan dengan kuah ketam ni bersama daun bawang... mmmmmmmm... ok back to realiti...

Mudah kan... senang kan... cepatkan.... apa lagi jom beli ketam... tam tam tam....