Saturday 18 June 2016

LAMB CHOP... COP COP COP.....


Selamat Tengahari....

Setiap hari mesti terfikir nak masak apa untuk malam ni... ( siang hari bekerja jadi akan masak pada waktu petang sahaja untuk dinner setiap hari ) 

Masak sekali sehari pun pening kalah chef yang nak kene masak berkali-kali... kihkihkihhhh.... kisah pulak.....

Hari-hari nasi, hari ni makan kambing grill pulak la....

Mudah sahaja... cuma perlu disediakan awal untuk tujuan perapan. Yummy sangat...

Lamb Chop

Bahan-bahan
1. 2 sd sos BBQ - saya guna brand life
2. 3 bj bawang putih - diketuk
3. 2 sd lada hitam kasar
4. 1 sd sos tiram
5. 1 sd sos cili
6. garam 
7. 4 slices lamb

* Campurkan semua bahan kecuali lamb. dah sebati baru  masukan lamb kemudian perap simpan dalam peti ais dalam 2 jam atau lebih.

Grill kan atas magic pan... Grill agak2 kelihatan masak dah memadai.. jgn terlalu kering untuk dapatkan tekstur yang lembut dan cantik. Gambar kt atas tu hitam pasal dah curah sos n amik gamba mlm lampu merah hahahahahaa...


Sos blackpepper

Bahan-bahan
1. 1 bj bawang holand - cincang
2. 3 bj bawang putih - cincang
3. 1 sb lada hitam kisar
4. 2 sd sos tiram
5. 3 sd sos blackpeper
6. 1/2 kiub ayam
7. 1 sd tepung jagung dicampur 1/4 cawan air
8. 1 cwn air
9. garam dan gula


Caranya :

1. Tumis bawang holand dan bawang putih hingga layu
2. Masukan lada hitam
3. Masukan sos tiram, sos blackpepper dan kiub ayam
4. Masukan kiub ayam dan air
5. Perasakan garam gula
6. Last sekali masukan 2-3 sudu air bancuhan tepung tadi. Bergantung kepada selera memasing nk pekat yang bagaimana. agak2 ja jgn pekat sgt...







No comments:

Post a Comment