Monday 7 March 2016



Assalamualaikum.... Pagi yang indah moga diberi kesihatan yang baik, moga Allah permudahkan segala urusan dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Berkatilah pekerjaan kami... berkatilah rezeki kami.... jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur di atas kurniaan dan nikmatMu ya Allah.....

DOA UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki"

DOA TAMBAHAN ILMU,REZEKI DAN KESIHATAN
"Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala rupa penyakit."


Hujung minggu yang lalu, tergerak hati nak buat kuih serimuka yang lemak2 manis rasanya. Banyak kali plan nak buaut tapi tak terbuat2... cantik ja tgk kejadian kuih ni kawan2 FB duk post... mengiurkan dan kemas kejadian dan potongannya.... hebat sungguh bakat dan kepakaran yang Allah kurniakan... ammiin... moga  terus maju dalam bidang masing2..... 

belek punya belek asek nampak aje org post gambar serimuka... huh x blh jadi ni.... 

taraaaaaaaaaa.................





Terhasil lah 1 loyang seri muka yang diidam2kan..... Huuuwwuuuuuu..... 1 kebahagian bila hasil tangan ni menjadi..... joget2 dulu baru angkat dia dr dapur... eksaited sgt ehhhhh.....

Pernah post di Fb dan dah janji dgn friend nk share resipinya.... huhuuu mahap ye lambat post..... 

Kuih Seri Muka

by : FB Zaimah Zakaria (tq kak)

Bahan Lapisan Bawah

500 g beras pulut - (cuci dan rendam stgh jam, lebih lama pun takpa)
400ml santan pekat
200ml air
stgh sudu garam 
2 helai daun pandan

- Panaskan kukusan siap2.

* Campur semua bahan tadi dan daun pandan yang disimpul.
* Kukus selama 30minit.

- sementara tu sediakan loyang. Saya guna 10x10x3 yang selalu guna utk buat talam.
- alaskan plastik

(sementara menunggu 30minit pulut masak, boleh sediakan bahan untuk lapisan atas)

Bahan Lapisan Atas
400 ml santan pekat
210 g gula pasir ( kalau x nak manis boleh kurangkan )
35 g tepung gandum
110 g tepung kastard
3 bj telor
1 sudu pewarna hijau epal
1 sudu pes pandan ( saya x letak )
1/2 sd garam
10 helai daun pandan dipotong2 dan diblend bersama 300ml air - tapis


.... selepas 30minit... keluarkan pulut tadi, gaul rata supaya santannya sebati.
Masukan ke dalam loyang yang telah disediakan tadi dan tekan supaya padat.

ketepikan....

* campurkan semua bahan lapisan atas dalam mangkuk, kacau rata.. tapiskan ke dalam periuk.
* masak hingga naik wap... api kecil... tuang atas pulut tadi perlahan lahan dan kukus 30-40minit.

pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong.....

.... selamat mencuba.... 




No comments:

Post a Comment