Monday 9 January 2017

SOTONG BEREMPAH

Selamat Petang...

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya 2 hari lagi.... setahun lagi akan berlalu... macam macam perkara telah kita lalui... pelbagai kenangan, peristiwa, suka dan duka mewarnai liku liku kehidupan yang berwarna warni...

Aku hanya berdoa agar diberi kemudahan pada tahun tahun akan datang dan akan ada sinar untuk akembali berkhidmat di negeri kelahiranku agar dapat bersama-sama melihat cahaya mata ku membesar dengan sihat....

Bila berjauhan dengan anak2 teringat masa sama2 di tempat lama... balik kerja jemput  anak sulong (tadika) singgah beli barang grocery then trus ke dapur sediakan juadah makan malam sementara menunggu anak yg kecil sampai ke rumah....  hari2 bekerja bila fikir nk masak apa mesti cari yang cepat siap disediakan... dalam masa 1 jam tulah bersilat nak masak, nak mandi, solat, cuci baju supaya jam 7 nanti en daddy dan anak2 balik semua dah ready n boleh gunakan masa sebaiknya untuk anak2.... sedih kan... kadang2 anak2 sampai dah 730mlm.. makan lpas mkn nk kemas meja makan cuci pinggan (syukur ya Allah adanya daddy kepada anak2 ku sangat ringan tulang dan banyak membantu)... dekat jam 930 ke 10 dah ajak anak2 tidor.. nnti nak sidai baju d ampaian... nak lipat baju basuhan semalam yang dah kering... nak simpan mainan anak2 main tadi... nak iron bju keje dan bju sekolah anak utk esok... nak prepare beg sekolah anak esok (anak tadika kena siapkan 2 pasang baju hari2 untuk slot ptg dan rehat)... lepas siap semua barulah dapat rehatkan diri entah jam berapa waktu tu... kadang trus terlelap... anak2 dah lena... berapa jam saja waktu ada bersama mereka.. berapa jam sahaja tatap mereka.... Allahuuu....

Ya Allah... permudahkanlah urusanku supaya aku dimurahkan rezeki dan permudahkanlah agar aku dapat berkhidmat kembali di Johor dan tinggal bersama2 keluarga tersayaang... ammiin....

Petang petang ni teringat kat anak2 asalnya sebab duk fikir nak makan apa malam ni... tu yang teringat sebelum ni rutin macam tulah... sekarang dah tak samaa... anak2 tiada di rumah... ada bersama daddy nya sementara khidmat mummy nya diperlukan di tempat lain... harap2 tak lama... inshaAllah.. doakan yang terbaik buat diri ini yang sedang bertabah...

Antara menu ringkas yang kerap dijadikan juadah ini dia... sotong berempah.... 
kalau ada sotong biasanya ni menu yang bermain di kepala... sotong berempah yang sangat mudah dan jimat masa....




:: πŸšπŸ› DINNER tonite 🏑🌘🌘::

Simple2 aja.... cepat siap πŸ˜™πŸ˜™ then blh tunggu πŸ‘¦πŸ™† sampai.... 

#sotongberempah
#amnistaste 

SOTONG BEREMPAH

πŸ”ΈResipi

Sotong 1 piring sedang 
1/2 bj bwg holand hiris
Lada hijau/merah hiris
1 btg serai ketuk
1 asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk kari
Garam 
Gula

Blend:
8bj Cili hijau (nk pdas blh add more)
1bj Bwg besar 
3bj bwg putih
1/2 inci halia
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan  

Tumis bahan blend n serai sampai pecah minyak. Masuk serbuk kunyit n serbuk kari.
Masuk asam keping n garam
Masuk sotong, bwg holand dan lada hiris.
Last skali perasakan garam gula... tambh sikit air kalau nak bkuah sikit... Siapppp......


No comments:

Post a Comment