Monday, 9 January 2017

DAGING KICAP SWEET SOUR



Assalamualikum... 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-Nya.

Ya Allah, wahai tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Ya Allah, Ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahkanlah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Ammiin..... ya Robbal Alamin....

Selamat bersua kembali hari ni.... mudah mudahan hari ini lebih baik dari semalam dan hari2 berikutnya..... inshaAllah..

Masak apa hari ni??? huhhhhhh soalan ni lagi ye tak??

Meh kite share 1 menu untuk idea hari ni....




#amnistaste
#dagingkicapsweetsour

DAGING KICAP SWEET SOUR

Resipi
๐Ÿ“1/2 kg daging (rebus dan hiris)- goreng skjap dlm 2minit bersama garam kunyit dan ketepikan.
๐Ÿ“segenggam brokoli
๐Ÿ“segenggam cauliflower
๐Ÿ“1/2 cwn carrot
๐Ÿ“1bj tomato - belah 4
๐Ÿ“1bj bwg holand -hiris bulat

๐Ÿ“3-4 sudu besar lada blend ( yg diblend bersama bwg putih dan bwg besar )
๐Ÿ“1inci halia -hiris
๐Ÿ“2 sudu teh lada hitam kasar
๐Ÿ“1 sudu mkn sos lada hitam
๐Ÿ“1 sudu mkn sos cili
๐Ÿ“1 sudu mkn sos tiram
๐Ÿ“1/2 cwn kicap lemak
๐Ÿ“1/2 cwn air
๐Ÿ“garam
๐Ÿ“1 sudu teh gula

๐Ÿ”ชTumis lada blend bersama halia hingga pecah minyak.
๐Ÿ”ช Agak puashati dgn lada tadi  masukkan lada hitam, sos-sos dan kicap.
๐Ÿ”ช Masukan daging dan semua bahan kecuali sayur dan bawang holand.
๐Ÿ”ช Perasakan dengan sedikit garam dan gula... dan kepekatan ikut citarasa.. kalau pekat blh tambah air lagi...
๐Ÿ”ช Dah puas hati dgn rasa n kepekatan... baru masukan sayur dan ratakan.
๐Ÿ”ชMatikan api dan masukan bawang holand

Tabur daun bawang - optional.

Makan dgn nasi panas... yummehhhh....

No comments:

Post a Comment