Monday 15 February 2016

5 jenis buah dapat mengempiskan perut dalam 15hari

Makan buah boleh kempiskan perut??? Yang benerrrr?????

Tips ni ambil dari www.calice.com.my 

Hahaaa moh kite cuba mana tau boleh kurus uollsss... Best x?



1. Tembikai


Buah tembikai banyak khasiatnya
* Buah kaya air ini akan membuatkan anda kerap buang air kecil, yang sekali gus membantu mengeluarkan garam di dalam tubuh badan yang menyebabkan perut kembung.




2. Pisang


Buah pisang mudah didapati dan mebantu pelawasan

* Pisang yang kaya dengan kalium/potasium boleh mencegah terbentuk gas di dalam perut atau membantu mengeluarkan angin. Pisang juga membuat perut kenyang sehingga anda mampu kawal makan berlebihan.


3. Nanas

Nanas yang manis sangat sedap

* Buah nanas kaya dengan enzim bromelain yang dapat membantu mencegah terbentuknya angin ketika proses pencernaan sehingga membuat perut kempis. Buah nanas juga mampu membersihkan usus dari lemak yang berkumpul dan sisa lain di dalam pencernaan.



4. Avocado


Buah yang banyak kegunaan tapi payah sikit nk jumpa di pasaraya

* Avocado kaya enzim lipase yang bagus untuk pencernaan, iaitu membantu memecah lemak dan membantu memindahkan makanan dari perut ke usus sehingga mencegah angin di dalam perut.


5. Betik



Jika pencernaan bagus, perut anda tidak mudah kembung dan buncit. Kalau amal makan betik, sistem pencernaan anda tidak akan terganggu dan tahukah anda betik muda lebih banyak enzim sehingga mampu membersihkan sistem pencernaan.


Wanita bukan mudah kita nak tolak tepi nasi. Tambah pula kalau jenis lidah Melayu. Namun kalau anda mahu perut kempis lebih cepat, kena pastikan 5 jenis buah ini ada di dalam peti. Buah-buahan tersebut juga sangat bagus dan menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Sumber Ruj : The Calice.

No comments:

Post a Comment